Monday, 16 November 2015

Pantun Dua Kerat (Nasihat)

Pantun Dua Kerat (Nasihat)



[PANTUN]   [MAKSUD PANTUN] 


Gaharu,cengal,giam,                              Jika kita tak tahu tentang sesuatu perkara adalah lebih
Tak tahu,tak kenal,diam                                  baik mendiamkan diri daripada berkata-kata.

Kita perlu mempunyai perasaan                                       Jika ada padi berhampalah,
terhadap sesuatu perkara.                                                   Jika ada hati berasalah


Sakit pandan tak tahukan duri,                                    Apabila ditimpa sakit mestilah
Sakit badan tak tahukan diri                                    sentiasa beringat dan sedar akan diri.

Jika kita mengikut cakap seseorang yg tidak baik maka       Dengar cakap enggan makan buah belolok,
kita juga akan terlibat dalam perkara yang baik.                   Dengar cakap orang terjun masuk lubuk.

Ada beras taruh dalam padi,                  Setiap nasihat yang diberikan kepada kita perlulah kita hargai
Ada ingat taruh dalam hati.                                              dan ingat setiap masa.

Sekali nasihat yang melakukan sesuatu perkara yang           Mahal imam,murahlah khatib,
tidak baik masalah akan berterusan dan semakin berat.          Mahal imam,murahlah sakit.

TEMA

Nasihat yang dapat membina membina diri seseorang kearah kebaikan.

Persoalan

  1. Pentingnya mendapatkan ilmu
  2. Pentingnya mempunyai perasaan
  3. Pentingnya menjaga kesihatan diri
  4. Perlunya mendengar nasihat
Bentuk
  1. Terdiri daripada enam rangkap.
  2. Bilangan baris dalam setiap rangkapnya sama,iaitu dua baris.
  3. Setiap baris mempunyai enam atau tiga patah perkataan.
  4. Setiap baris terdiri daripada tujuh hingga tiga belas suku kata.
  5. Rima akhir setiap rangkap aa.
  6. Ada pembayang dan maksudnya.
Unsur-unsur Bunyi
  1. Asonasi.Contohnya,Jika ada padi berhampalah(pengulang vokal a)
  2. Aliteasi.Contohnya,Tak tahu tak kenal diam(pengulangan konsonan t)
  3. Jeda,iaitu hentian sejenak di tengah baris semasa men deklamasikan pantun.
Gaya Bahasa
  1. Imej alam-gaharu,cengal,giam,padi,pandan,enggang.
  2. Sinkope-tak.
  3. Anafora-(perulangan perkataan yang sama pada awal baris).
  4. Reponsi-(perulangan perkataan yang sama di tengah ayat).
Nilai
  1. Mendengar nasihat.
  2. Menjaga diri.
  3. Jati diri.
Pengajaran
  1. Kita hendaklah sentiasa mendengar dan mengikuti nasihat yang diberikan .
  2. Kita hendaklah sentiasa menjaga diri daripada melakukan perkara yang sia-sia.
  3. Kita hendaklah mempunyai jati diri kita sendiri agar kita tidak mudah terpedaya oleh perkara yang negatif.
SUMBER=Buku Kupasan & Kajian Bijak KOMSAS



                                                     TAMAT :)

 


                                             

No comments:

Post a Comment